Keputusan penuh AHAFUTSAL 4.0
Galeri Photo@flickr
AHAFUTSAL BLOGGER
 
AHAFUTSAL 4.0
Gambar kenang-kenangan ketua pasukan dan tetamu jemputan sdr Sazali Samad sejurus selepas upacara perasmian.
Berakhir sudah AHAFUTSAL yang ke-4.. Pasukan mana yang menjadi juara dan naib juara sudah diketahui. Semangat juang yang tinggi telah ditunjukkan oleh kesemua 20 pasukan yang masuk bertanding. Meskipun tempat pertandingan yang agak sempit dan serba kekurangan namun kegigihan para pemain sangat-sangat dihargai. Sikap toleransi dan kerjasama yang baik dapat dilihat diantara mereka. Pihak penganjuran sangat-sangat berterima kasih kepada semua pasukan dan pemain serta mereka-mereka yang datang memeriahkan AHAFUTSAL pada kali ini. Penganjuran bersama pada tahun ini adalah yang pertama kali dan segala kekurangan serta kepincangan yang ada harap dimaafkan. Kerana pihak AHA Architect tidak mempunyai tenaga kerja yang cukup untuk melaksanakan byk tugasan yang perlu dibuat serta dana dari sponsor yang berkurangan. Namun Penganjuran bersama ini tidak byk cacat celanya dan boleh dianggap berjaya.. Tahniah kepada semua yang terlibat. Sehingga ketemu di tahun hadapan..